Orang ramai dinasihatkan memeriksa kenderaan supaya berada dalam keadaan terbaik dan selamat sebelum pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi pada tahun ini.
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah memastikan kenderaan telah diservis dengan sempurna, menukar minyak hitam sekiranya perlu, pastikan tayar dalam keadaan baik dan air penyejuk (coolant) berada di paras yang selamat.
Ketika tinjauan Lensa Malakat Tribune di sebuah kedai servis tayar di Kajang hari ini mendapati orang ramai sudah mula menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa serta menukar tayar bagi memastikan keselamatan dan keadaan tayar dalam keadaan baik untuk sampai ke kampung halaman.










