LHDN agih juadah berbuka puasa kepada petugas media Malakat Tribune

0
22
Pegawai Eksekutif Hanana Group Sdn Bhd, Norfazlin Abd Ghafar mewakili LHDN menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas media Malakat Tribune hari ini.

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas portal berita Malakat Tribune di sini.

Acara yang dianjurkan itu adalah program tradisi khusus bagi mengiktiraf dan menghargai peranan semua media sebagai rakan strategik kepada LHDN.

Menurut Eksekutif Hasil Kanan II, Norizan Ismail, program itu merupakan salah satu inisiatif program menyantuni petugas media yang telah banyak memberikan sokongan kepada agensi tersebut.

“Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan menjadi medan terbaik bagi mengukuhkan hubungan kerja antara pihak media dan LHDN,” katanya.

Terdahulu, Malakat Tribune yang diwakili oleh Ketua Pengarangnya, Sharaimei Shaik Ahmedullah menerima juadah berbuka puasa itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Hanana Group Sdn Bhd, Norfazlin Abd Ghafar yang juga merupakan katerer yang dilantik oleh LDHN.

Sementara itu, Sharaimei mengucapkan terima kasih kepada LHDN di atas sumbangan juadah berbuka puasa untuk tahun kedua itu.

Katanya, walaupun portal Malakat Tribune masih baharu berbanding media lain, keprihatinan dan ingatan LHDN yang merupakan antara agensi penting dalam kerajaan sangat dihargai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here