Malakat Eco dan Quantum Metal jalin kerjasama, bolehkan pelanggan bayar guna emas digital

0
3797
Coach Fadzil bertukar dokumen dengan Pengasan Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon sempena Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan Angel Group semalam

KUALA LUMPUR – Kumpulan Malakat Eco menjalinkan kerjasama perniagaan bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd dengan membolehkan pelanggan Malakat Mall yang berbelanja di pusat beli belah itu membuat transaksi dengan menggunakan emas digital yang disediakan melalui platform QM eWallet.

Presiden Kumpulan Malakat Eco yang juga Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, menerusi inisiatif itu pelanggan boleh menggunakan QM eWallet untuk melakukan transaksi pembayaran di semua kedai, institusi pendidikan dan restoran yang beroperasi di bawah jenama perniagaan itu.

“Menerusi kerjasama ini, kita akan menggunakan aplikasi tersebut untuk menggantikan Malakat Pay kerana QM eWallet mempunyai sistem yang sudah lengkap.

“Jadi, mana-mana pelanggan yang nak beli barangan atau buat transaksi di Malakat Mall atau Malakat Eco seperti Brainy Bunch, Tea Amo dan bengkel Malakat Auto City mereka boleh bayar menggunakan emas menerusi aplikasi Quantum Metal,” katanya.

Coach Fadzil

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Quantum Metal yang diwakili oleh Pengasasnya sendiri, Datuk Lim Khong Soon di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengasas Angel Group, Rukhaidah Abd Karim.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, selain itu, pihaknya turut menawarkan emas percuma menerusi pembelian yang dilakukan di kedai-kedai di Malakat Mall.

“Menerusi MoU ini juga kita tawarkan dengan setiap pembelian di Malakat Mall akan diberikan emas percuma yang dikembalikan kepada pengguna, kalau belum jadi pengguna inilah waktunya.

“Untuk tawaran ini kita ada beberapa kategori iaitu di bahagian runcit kita akan bagi tiga peratus, kalau beli barang jenis perabot, DIY Malaya atau di kedai fesyen Rahsia dan Anak Jantan pula akan dapat 10 peratus emas percuma.

“Pada masa Quantum Metal akan berikan gandaan 10, yang mana dalam produk mereka terdapat produk 10X iaitu setiap emas yang kita bagi akan dapat 10, jadi nilai minimum akan dapat ialah 30 peratus emas daripada setiap pembelian dalam Kumpulan Malakat Eco,” katanya.

Sementara itu, Khong Soon berkata, kerjasama dengan Kumpulan Malakat Eco itu akan memberikan ruang kepada lebih ramai masyarakat mendapatkan emas dan mendapatkan pulangan daripada pelaburan emas apabila berbelanja di Malakat Mall.

“Kerjasama ini juga membuka lebih ruang kepada masyarakat di negara ini untuk mendapat emas dan sebab itu kita masuk ke pasaran runcit.

“Quantum Metal ialah syarikat produk jual beli dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas secara digital dan patuh syariah.

“Kita tidak mahu orang ramai beli atau melabur emas tetapi kita sediakan logik di sebaliknya iaitu selain beli dan simpan emas kita berikan nilai tambah dan penyelesaian kepada pasaran melalui produk yang terdapat dalam Quantum Metal,” katanya.

Khong Soon berkata, antara dua produk yang ditawarkan ialah Gold Storage Account (GSA) dan Gold Asset Enhance (GAE).

Beliau berkata, GSA adalah akaun simpanan emas yang asas yang mana pengguna boleh mula menyimpan emas serendah RM10 dan transaksi itu boleh dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi Mygold-i.

Katanya, GAE pula merupakan everage aset emas atau simpanan emas itu akan digandakan sehingga 10 kali ganda.

“Menerusi produk ini kita akan tukarkan wang kepada emas bagi menjaga dan meningkatkan keuntungan. Bagaimana kita lakukan? Sebelum membuat perbelanjaan, kita hanya perlu beli emas atau tukarkan wang kepada bentuk emas. Kemudiannya kita buat perbelanjaan 85 peratus melalui nilai emas.

“Selepas beberapa ketika pelanggan berkenaan akan mendapat semula nilai perbelanjaan tadi selepas harga emas meningkat, selain itu melalui meningkatkan keuntungan melalui produk GAE ia membolehkan pelanggan menggandakan nilai sehingga 10 kali ganda apabila harga emas meningkat,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here