Malakat Mall tawar hadiah percutian ke Turki, Iphone 13 sepanjang Ramadan

0
17
Peraduan Shopping Raya dan Menang yang dilancar pada 8 hingga 28 April ini.

CYBERJAYA – Penyokong dan pelanggan Kumpulan Malakat Eco masih mempunyai masa seminggu untuk merebut peluang memenangi hadiah percutian ke Turki melalui perbelanjaan di Malakat Mall sepanjang Ramadan ini.

Selain hadiah utama percutian selama 5 hari 4 malam ke Istanbul, peraduan Shopping Raya dan Menang yang dilancarkan pada 8 hingga 28 April itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Antaranya adalah Iphone 13, TV LED 60 inci dan hadiah-hadiah tajaan outlet perniagaan di Malakat Mall seperti dari Malakat Grocer, Butik Rahsia, Anak Jantan dan D.I.Y Malaya.

Tawaran memenangi peraduan ini terbuka kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana outlet di Malakat Mall sepanjang Ramadan.

Pelanggan juga dibenarkan untuk menggabungkan resit-resit perbelanjaan dan mengisi borang penyertaan disediakan di kaunter pembayaran.

Pemenang peraduan Shopping Raya & Menang ini akan diumumkan melalui saluran sosial media Malakat Eco pada minggu terakhir Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here