Malakat Mall terima kunci kedai di Alor Gajah, bakal beroperasi dalam masa terdekat

0
70
Penyerahan kunci daripada pemilik bangunan kepada pengurusan Malakat Mall Melaka.

ALOR GAJAH – Hasrat penduduk Melaka di sekitar daerah di sini untuk melihat Malakat Mall bangkit semula bakal terlaksana tidak lama lagi selepas kunci untuk seluruh lot kedai di lokasi baharu pusat beli belah itu akan beroperasi telah diterima.

Menurut Malakat Mall, penyerahan kunci untuk lot kedai yang terletak di Taman Rembia Murni itu telah disempurnakan semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail.

“Antara idea awal perniagaan yang akan dibuka di sini adalah Malakat Grocer, Tea Amo Cafe dan kedai DIY Malaya. Mungkin akan ada tadika Brainy Bunch, di tingkat atas.

“Insya-Allah kerja pemindahan barang dan pengubahsuaian akan dimulakan segera supaya semua penyokong Malakat di Melaka dapat terus bersama dalam perjuangan ini,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Di samping itu, dengan mengambil kerberkatan di bulan Ramadan ini pihak pengurusan Malakat Mall Melaka memohon doa daripada semua orang agar segala proses yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Sebelum ini setelah lebih sebulan Malakat Mall terpaksa menghentikan operasi di Masjid Tanah akhirnya Malakat Mall telah mendapatkan tempat baharu dan dijangka akan beroperasi selepas Aidilfitri.

Bangunan baharu itu terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Alor Gajah di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here