Maruah agama kita dipijak orang kita sendiri – Pembela

0
51
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Hanya kerana sogokan duniawi seperti populariti dan wang ringgit, umat Islam kini tanpa segan silu menggadaikan maruah agama seperti hilang pedoman.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Aminuddin Yahaya berkata, lebih malang lagi apabila tindakan tersebut dilakukan dalam kemuliaan bulan Ramdan.

Beliau membuat kenyataan itu berhubung tindakan seorang personaliti media sosial, Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman yang mempromosikan syarikat perjudian online di dalam kandungan video di akaun YouTubenya, baru-baru ini.

Aminuddin berkata, tindakan yang mendatangkan kemarahan umat Islam itu jelas menunjukkan semakin ramai selebriti beragama Islam yang sudah hilang pedoman.

“Sangatlah malang apa yang berlaku pada umat Islam kita kini di Malaysia. Maruah kita dipijak ‘menggunakan’ orang kita sendiri dengan sogokan duniawi.

“Lebih membuatkan kita marah ialah beliau melakukannya dengan bangga ketika bulan Ramadan.

“Rata-rata umat Islam pasti rasa terhina, tersinggung dan marah apatahlagi yang melakukannya ialah selebriti beragama Islam,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Isa Isarb yang mempunyai 2.48 juta pengikut di YouTube baru-baru ini memuat naik sebuah video bertajuk ‘5 minit sebelum kejadian…’ yang mempromosikan sebuah syarikat perjudian.

Di dalam video berkenaan, Isa Isarb secara terang-terangan ‘berkempen’ supaya orang ramai melihat laman web syarikat berkenaan untuk mencari peluang menambah pendapatan.

Aminuddin berkata, perkara seperti itu bukan kali pertama berlaku bahkan seolah-olah ‘dimainkan’ oleh pihak-pihak tertentu setiap kali Ramadan.

“Saya teringat perkara yang hampir serupa berlaku pada tahun yang lalu, di mana beberapa syarikat judi mengeluarkan video raya pada hujung-hujung bulan Ramadan. Sama seperti sekarang.

:”Baru ini sudah ada video lagu raya berunsurkan gejala songsang. Tak tahulah tahun depan akan ada lagi juga kot, sebab saya difahamkan kerajaan kata mereka tidak boleh buat apa.

“Apakah segala persamaan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Apakah syarikat-syarikat judi ini memang tidak takut langsung bermain dengan api sebegini?,” katanya.

Lebih mengecewakan dakwa beliau, Islam di negara ini akan terus dihina oleh umatnya sendiri kerana tiada tindakan yang tegas diambil oleh pihak berkuasa.

“Sebagai contoh juga, baru ini sudah ada video lagu raya berunsurkan gejala songsang. Tak tahulah tahun depan akan ada lagi juga, sebab saya difahamkan kerajaan kata mereka tidak boleh buat apa.

“Apakah memang pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa dengan tegas terhadap mereka?,” soalnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here