Masjid Nabawi pilih bahasa Melayu bersama 9 bahasa lain untuk diterjemah ketika khutbah Jumaat

0
88
Sheikh Sudais

CYBERJAYA – Bahasa Melayu menjadi salah satu daripada 10 bahasa utama dunia yang dipilih oleh Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi untuk diterjemahkan teks khutbah Jumaat daripada bahasa Arab.

Perkara itu diumumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam laman media sosial Haramain Sharifain.

Sembilan bahasa lain yang turut tersenarai ialah English, Urdu, Perancis,Bengali, Turkish, Hausa, Chinese, Russia dan Persia.

Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan yang digunakan di Malaysia pernah menjadi bahasa lingua franca atau bahasa perantara ketika zaman kegemilangan Melaka.

Berdasarkan ranking dunia, bahasa Melayu bukan sahaja diguna pakai di peringkat antarabangsa malah menduduki tangga ke-10 sebagai bahasa paling popular penggunaannya.

Sehingga kini terdapat lebih 300 juta penutur bahasa itu yang mana majoritinya
dari rumpun Nusantara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam selaku pendukung utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here