Menteri Luar sahkan 16 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja

0
46

CYBERJAYA – Laporan yang menyebut bahawa 16 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Kemboja adalah benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini.

Tanpa menjelas lanjut mengenai jantina, usia, asal, bila atau punca ditahan, Saifuddin berkata, kesemua rakyat Malaysia itu kini ditahan di sebuah balai polis di Phnom Penh dan berada dalam keadaan baik.

“Pegawai kita di sana telah ke pejabat polis untuk bertemu mereka. Kita sentiasa ikuti rapat perkembangan terkini dan akan membantu mereka, jika perlu dicarikan peguam atau bantuan lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-42 Persatuan Hindu Sanggam di Kuantan, hari ini.

Ditanya sama ada 16 rakyat itu, merupakan sebahagian mangsa penipuan tawaran kerja yang diterima oleh Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA seperti dimaklumkan pada sidang akhbar Rabu lepas, Saifuddin berkata perkara itu masih belum dapat dipastikan.

Beliau bagaimanapun, menasihatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati apabila menerima tawaran kerja dari negara asing dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran gaji besar, sebaliknya membuat semakan dengan Kementerian Luar atau pejabat perwakilan Malaysia atau Malawakil negara terlibat.

“Semak juga visa kerja dan pasport supaya memenuhi peraturan diwajibkan…dan jika dirasakan ada kemusykilan bila tiba ke negara terlibat, kita mohon segera hubungi Malawakil. Ini sangat penting untuk mengelakkan timbul masalah kemudian hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here