Mi Tonggek udang galah, sotong besar hidangan istimewa di Bazar Ramadan Putrajaya

0
654
Mi Tonggek udang galah dan sotong bersaiz besar

PUTRAJAYA – Jika sekali lihat pasti ramai yang tersenyum simpul mendengar nama juadah mi tonggek yang dijual di Bazar Ramadan Putrajaya yang terletak di Presint 3 di sini.

Namun begitu istilah tonggek bukan seperti makna yang difahami tetapi ia bermaksud mi biasa dalam loghat utara atau lebih tepat di Kedah.

Juadah mi tersebut yang diusahakan oleh
Mahadzir Zakaria bukan asing lagi, malah sejak beberapa tahun lalu gerai mi tonggek miliknya sentiasa terlibat dalam bazar Ramadan di sini.

Menurut Mahadzir, istimewanya kali ini, juadah mi tersebut turut dihidangkan bersama udang galah dan sotong besaiz besar.

Lebih istimewa katanya, ramuan utama iaitu sos yang digunakan untuk menghasilkan mi tonggek itu dibuatnya sendiri.

“Bagi harga untuk setiap hidangan hanya RM4 dan jika nak tambah udang galah atau sotong hanya RM25 sahaja.

“Antara masakan yang dijual disini ialah mi goreng, bihun goreng, kuetiau goreng dan maggi goreng,” katanya kepada Malakat Tribune.

Sementara itu, gerai ayam champion juga tidak melepaskan peluang tahun ini untuk turut sama memeriahkan bazar di Putrajaya dengan menjual ayam yang dibakar di dalam tembikar.

Antara keistimewaan gerai itu adalah perapan yang digunakan untuk memerap ayam adalah berasaskan negara barat yang terdiri daripada lada hitam dan beberapa bahan rahsia lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here