Operasi Malakat Mall Melaka berpindah ke Rembia

0
108
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Malakat Mall Masjid Tanah yang sebelum ini diarahkan berpindah dari lokasi sedia ada di sini akan beroperasi di lokasi baharu di sebuah kawasan lot komersial di Rembia tidak lama lagi.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pihaknya telahpun berjaya memperoleh beberapa lot kedai bagi menggantikan premis yang ditutup di Masjid Tanah.

Coach Fadzil (tiga, kanan) di hadapan lot bangunan komersial di mana Malakat Mall Melaka bakal beroperasi tidak lama lagi. Turut hadir, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail (kanan sekali) dan Pengarah Eksekutif Malakat Eco Group, Adzhar Mohd Noor (dua, kanan).

“Alhamdulillah! Kami dah akad sewa beli seluruh bangunan ini untuk Malakat Melaka, (di) sebelah Klinik Kesihatan Rembia.

“Doakan Allah mudahkan urusan Malakat Melaka. InshaAllah kali ini kita jadi pemilik bangunan terus,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dalam satu paparan di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Coach Fadzil singgah di Malakat Mall Masjid Tanah bagi meninjau proses mengosongkan premis lama tersebut.

Untuk rekod, Malakat Mall terpaksa mengosongkan bangunan milik Mara Inc. itu setelah pihak tersebut meminta ia dikosongkan berikutan isu bayaran sewa.

“Antara sebab (kami terpaksa tinggalkan bangunan ini) kerana pada tahun kedua kontrak dengan Mara Inc. mereka memerlukan kami membayar sewa berjumlah RM70 ribu sebulan.

“Berikutan keadaan pandemik yang memberi kesan kepada perniagaan, kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka, jadi kami terpaksa keluar dari bangunan ini,” kata Coach Fadzil dalam satu siaran langsung di laman Facebook miliknya.

Tambahnya, operasi Malakat Mall yang baharu akan dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil, namun tidak akan membebankan pengguna.

“Kami dah dalam proses akhir mengosongkan premis (lama). Agak sedih namun kami bnersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbetulkan apa yang tidak betul,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here