Pemandu Bezza lawan arus didapati mabuk

0
184

CYBERJAYA – Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Sebelum itu, suspek itu juga dikatakan baru sahaja menampar seseorang dan ‘menyerang’ penghuni sebuah rumah di Taman Rambai Indah, Jenjarom.

Dua penunggang motosikal turut tercedera setelah dilanggar oleh kereta berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, suspek itu dipercayai menyerang rumah seorang lelaki berumur 57 tahun secara tiba-tiba.

Katanya, ketika kejadian berlaku suspek berkenaan membuat bising dan mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan rumah mangsa.

Malah tambah Ahmad Ridhwan, pemandu Perodua Bezza tersebut turut menampar anak lelaki mangsa.

“Kemudian telah berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek. Semasa pertengkaran mulut berlaku, suspek telah bertindak menampar anak lelaki pengadu sebanyak sekali menggunakan tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ekoran kejadian berkenaan, mangsa mengalami kerugian kerugian kerosakan pintu pagar anggaran RM1,800.

Terdahulu, beliau mengesahkan video kejadian yang menjadi tular semalam menunjukkan sebuah kereta Perodua Bezza dipandu laju secara melawan arus.

Kereta tersebut kemudiannya melanggar dua penunggang motosikal di Kilometer 30.1 SKVE ke arah Telok Panglima Garang menghala ke arah Bandar Saujana Putra.

Katanya, suspek kejadian sudah ditahan polis di bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Suspek turut disiasat melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen bagi 427 Kanun Keseksaan, 448 Kanun Keseksaan, 323 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here