Pemergian Allahyarham Ali Hamsa satu kehilangan besar buat negara – PM

0
60
Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa yang meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland.

Perdana Menteri berkata, beliau mewakili Keluarga Malaysia mendoakan semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Allahyarham telah menabur jasa dan bakti selama berkhidmat dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara,” katanya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here