Pemilik premis disaran semak status risiko Covid-19 pengunjung

0
7
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pemilik premis seperti restoran disaran menyemak status risiko Covid-19 pengunjung menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan individu dengan status ‘High Risk’ (Risiko Tinggi) pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO), tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.

Jelasnya, jika status pengunjung didapati berisiko tinggi, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mendatangkan risiko kepada orang ramai.

“Seperti di pusat beli-belah yang mempunyai banyak pintu… tidak perlu (semak status pengunjung di setiap pintu) tetapi kita sarankan pemilik premis ataupun pasukan penguat kuasa melakukan semakan status risiko pengunjung secara rawak.

“Saya minta kepada orang ramai, apabila pemilik premis minta untuk menyemak profil mereka, bagilah kerjasama kepada pemilik premis, jangan tidak mahu tunjuk. Ini untuk keselamatan semua orang, kita dalam proses peralihan,” kata Khairy Jamaluddin, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Clinical Research Malaysia (CRM) dan Inisiatif bagi Ubat Untuk Penyakit yang Diabaikan (DNDi) di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here