Pengeluaran Khas akan dikredit dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bermula 20 April ini – KWSP

0
158
KWSP

CYBERJAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran khas akan menerima bayaran Pengeluaran Khas secara berperingkat bermula 20 April ini.

Menurut KWSP dalam satu kenyataan, bayaran itu akan dikredit ke akaun bank ahli dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.

“Bagi bayaran secara arahan bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here