Pengguna, pemilik e-skuter di Cyberjaya diminta patuhi peraturan atau berhadapan tindakan tegas – Polis

0
21
Program advokasi itu diadaan bagi memberitahu pengguna e-skuter mengenai kepentingan mematuhi keselamatan jalan raya. – facebook/Trafik IPD Sepang

CYBERJAYA – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kelmarin telah melaksanakan satu program advokasi kepada pengguna e-skuter mengenai kepentingan mematuhi aspek keselamatan jalan raya.

Program di jalan-jalan utama di sekitar bandar ini dilaksanakan susulan aduan awam mengenai wujudnya pengguna yang tidak bertanggung jawab ketika mengendalikan alatan mobiliti tersebut.

“Pihak kami memohon penunggang e-skuter (supaya) tidak mengabaikan keselamatan dan tidak menggunakan jalan-jalan utama di Cyberjaya untuk beriadah mengunakan e-skuter yang boleh membahayakan kenderaan lain dan mengakibatkan kemalangan.

“BSPT Sepang akan mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik e-Skuter dan juga penungang yang tidak mematuhi arahan dan peraturan jalanraya,” kata BSPT Sepang dalam satu kenyataan.

Dalam operasi yang sama, pihak BSPT Sepang telah turut mengeluarkan sebanyak 16 saman POL 170 A kepada kenderaan yang telah mengabaikan isyarat lalulintas di kawasan Persiaraan Tasik Cyberjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here