Penggunaan e-scooter di jalan raya satu kesalahan, boleh dihukum di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

0
249
Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

CYBERJAYA – Penggunaan skuter elektronik atau e-scooter di jalan raya merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yudof, ini kerana penggunaan skuter itu di jalan raya bukan sahaja berbahaya kepada penunggang alatan mobiliti itu tetapi juga terhadap pengguna jalan raya yang lain.

“Bagaimanapun, di Cyberjaya, terdapat dua syarikat yang mengusahakan perkhidmatan penyewaan e-scooter bagi kegunaan pengguna.

“Mereka diberi kebenaran selama tiga bulan sebagai kajian kesesuaian penggunaan di dalam bandar ini,” kata Wan Azran ketika dihubungi, siang tadi.

Untuk rekod, syarikat Beam dan Tryke merupakan pengusaha yang menyediakan perkhidmatan sewaan tersebut kepada pengguna.

Tambah Wan Azran, pihak berkuasa menyedari terdapat isu keselamatan yang timbul daripada penggunaan e-scooter, terutamanya dalam kalangan pengguna yang seolah-olah tidak mempedulikan nyawa dan keselamatan sendiri.

“Untuk makluman, baru-baru ini satu mesyuarat mengenai isu yang timbul ini telahpun diadakan, yang mana ia dihadiri oleh pihak MPS (Majlis Perbandaran Sepang), Cyberview, wakil pengusaha dan dan pihak kami sendiri,” kata Wan Kamarul tanpa mengulas lebih lanjut.

Kebelakangan ini, timbul isu penyalahgunaan e-scooter di jalan raya yang merunsingkan pengguna Cyberjaya.

Tinjauan Malakat Tribune semalam mendapati, isu yang dibangkitkan bukanlah remeh, tetapi agak merisaukan kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan pengguna.

Untuk meletakkan kesalahan pada bahu penyedia perkhidmatan sahaja adalah tidak adil, kerana pihak tersebut telahpun menyediakan arahan keselamatan pada setiap peralatan, laman web dan aplikasi mereka.

Sebagai contoh, Beem telah menyatakan bahawa e-scooter miliknya hanya boleh digunakan oleh seorang penunggang sahaja. Namun ketika tinjauan semalam, penulis mendapati ada pengguna yang menggunakannya secara berdua.

Yang menjadi isu kini, adalah sikap pengguna sendiri yang enggan mematuhinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here