Penggunaan e-skuter di Cyberjaya sebagai langkah mengurangkan kadar karbon 

0
185
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain

CYBERJAYA – Kebenaran yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) kepada syarikat pengendali e-skuter di sini ialah sebagai usaha untuk mengurangkan kadar karbon yang terhasil terutamanya daripada kenderaan yang menggunakan diesel dan petrol.

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Hamid Hussain, justeru orang ramai digalakkan untuk menggunakan kenderaan jenis e-mobiliti seperti e-skuter yang disediakan di sekitar kawasan ini sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kadar karbon.

“Sekarang ini kami sedang melaksanakan satu program iaitu mengurangkan kadar karbon dan melalui program ini kami galakan penggunaan kereta yang tidak menggunakan petrol dan diesel, oleh itu kami menggalakan penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter ini untuk mengurangkan kadar karbon khususnya di kawasan Cyberjaya.

“Sasaran kami dalam program Low Carbon ini adalah pengurangan karbon sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

“Bukan e-skuter sahaja yang akan masuk tetapi ada lagi kenderaan lain lagi seperti basikal serta kereta elektrik yang boleh dicas dan hal ini masih dalam perancangan.

“Ada juga cadangan untuk menggunakan kereta api bateri yang dikenali sebagai automated rapid transit dan kenderaan ini masih dalam tempoh percubaan,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malakat Tribune.

Mengulas lanjut mengenai fungsi e-skuter, katanya, kenderaan itu juga bakal menjadi alternatif kepada pengguna yang menggunakan transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) sebaik stesen itu beroperasi pada awal tahun hadapan.

Beliau berkata, kenderaan elektrik itu akan menjadi penghubung antara stesen ke suatu tempat yang lain.

“Stesen di Cyberjaya tidak boleh disambungkan dengan pusat beli-belah oleh itu, kita perlukan kenderaan awam untuk bantu penumpang bergerak dari stesen dan ini termasuklah e-skuter yang boleh menjadi perantara yang mudah digunakan oleh pelajar dan pekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan pengguna kenderaan di jalan raya agar menghormati pengguna kenderaan yang lebih kecil seperti e-skuter bagi mengelakan berlakunya kemalangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here