Penggunaan skuter elektronik di Cyberjaya undang kebimbangan pengguna jalan raya

0
68
Pengguna skuter elektronik menggunakan jalan raya sebagai laluan utama mereka

SEOLAH-OLAH tidak belajar daripada tragedi menyayat hati menimpa lapan penunggang basikal lajak yang maut selepas dirempuh kereta yang dipandu oleh seorang wanita di Johor lima tahun lalu, skrip hampir sama kini berlaku Cyberjaya.

Jika dahulu hanya kenderaan seperti kereta, motosikal dan kenderaan berat menghiasi di jalan-jalan raya utama di sini, kini pengguna jalan raya di sini terpaksa berkongsi laluan bersama pengguna skuter elektronik yang setiap hari semakin bertambah jumlah penunggannya.

Namun begitu, paling membimbangkan apabila penunggang skuter tersebut seolah-olah memperlakukan jalan raya umpana ‘jalan sendiri’ tanpa menghiraukan kenderaan lain yang menggunakan laluan sama.

Malah, sejak beberapa bulan lalu,
penggunaan skuter elektronik tersebut yang disediakan secara sewaan semakin berleluasa dan tidak terkawal sehingga menimbulkan isu keselamatan dan membimbangkan pengguna jalan raya lain.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Malakat Tribune hari ini kebanyakan pengguna skuter elektronik bukan sahaja menunggang di jalan raya malah mengabaikan aspek keselamatan seperti tidak memakai pelindung kepala, lutut dan siku.

Skuter elektronik yang diletakan di tepi jalan raya

Berdasarkan maklumat pada aplikasi sewaan alat kenderaan beroda dua itu pengguna dilarang menggunakannya  jalan raya bagaimanapun amaran itu tidak diendahkan.

Seorang penduduk di kediaman Shafbury di sini yang enggan dikenali menyuarakan kembimbangan dan berharap pihak berkuasa dapat memantau penggunaan skuter elektronik di Cyberjaya.

“Penggunaan skuter ini kalau tidak dipantau boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Tambah pula alat ini boleh disewa tanpa memerlukan banyak syarat yang mana skuter ini banyak disediakan di tepi-tepi jalan dan kawasan tumpuan di sekitar Cyberjaya,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang lagi penduduk di sini yang dikenali sebagai Ahmad, kebimbangan pengguna jalan raya di sini akhirnya berlaku semalam apabila penunggang skuter tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kenderaan lain.

“Sekarang kami pula yang berasa bimbang jika terlanggar mereka yang menunggang skuter ini yang selalunya dipandu secara melulu.

“Kami bimbang jika nasib kami sama seperti wanita yang terbabit dalam kejadian merempuh penunggang basikal lajak, yang mana disebabkan kecuaian pihak lain akhirnya pihak lain pula yang terpaksa menanggungnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here