Pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan dibuat malam Ahad ini – Jakim 

0
179
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

CYBERJAYA – Pengumuman tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Ahad ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penetapan tarikh Hari Raya Aidilftri itu adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan menerusi radio dan saluran televisyen RTM TV1.

Keputusan untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersamaan 1443 hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here