Peniaga ayam kecewa dikompaun, mohon KPDNHEP turun padang dengar keluhan

0
110
Tangkap layar video menunjukkan seorang peniaga menjelaskan kompaun tersebut.

CYBERJAYA – Seorang peniaga ayam di Pasar Chabang 3 di Kuala Terengganu hari ini kecewa setelah dia dan rakan penjual ayam lain di pasar berkenaan dikompaun oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana didakwa menjual bahan makanan itu melebihi harga ditetapkan.

Rintihan yang dimuat naik di laman Facebook yang menggunakan identiti Wali Ridzuan itu turut mendakwa, para peniaga ayam lain di pasar itu turut dikompaun atas kesalahan yang sama.

“Aku mohon sape yg kenal pengarah KPDN… aku MOHON… suruh dier turun padang di Pasor Chabang 3… dengor keluhan peniaga2 ayam Pasor Chabang 3…”

“Pasor Chabang 3 arini seluruh peniaga dikompaun oleh #KPDNHEP RM500 kerana menjual harga ayam melebihi harga yg ditetapkan.

“Modal RM8.70 harga yg perlu dijual RM8.90,” katanya dalam paparan itu lagi.

Turut dimuat naik satu video menunjukkan seorang peniaga sedang menjelaskan pembayaran kompaun tunai berjumlah RM500 itu.

“RM500 ni niat nak beli baju raya anak. Tapi (dah guna) bayar saman hari ni,” katanya dalam video itu.

Beliau yang kelihatan tenang menambah, dia tidak menyalahkan anggota penguatkuasa yang hanya menjalankan tugas mereka.

Suara perakam video berkenaan kemudiannya berkata,” Sepatutnya pengarah yang beri arahan ni turun padang.

“Kalau nasib pembeli awak boleh bela, nasib penjual siapa nak jaga. Nasib penjual pun kena dijaga juga,” katanya.

Isu berkenaan dipercayai timbul apabila terdapat peniaga yang menjual ayam melebihi harga ditetapkan oleh KPDNHEP iaitu RM8.90 sekilogram.

Tindakan mereka menjual bahan makanan tersebut melebihi harga ditetapkan difahamkan berikutan harga diperoleh dari pihak pemborong adalah sebanyak RM8.70.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here