Penyanyi lagu Inilah Barisan Kita, Malaysia Berjaya meninggal dunia

0
431
Allahyarham Jamaludin Alias

CYBERJAYA – Penyanyi lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’ dan ‘Malaysia Berjaya’, Jamaludin Alias, 85, menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat nanti.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

“Innalillahiwainnaillaihirojiun…pengulas sukan dan penyanyi lagu-lagu patriotik Jamaludin Alias telah kembali ke rahmatullah.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut satu mesej yang dikongsi oleh ahli Persatuan Veteran RTM.

Sepanjang kerjayanya Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Lagu Inilah Barisan Kita dan Malaysia Berjaya merupakan lagu patriotik yang dicipta oleh Allahyarham Saifoel Bahari Elyas.

Lagu tersebut biasanya dimainkan menjelang Hari Kebangsaan dan apabila atlet negara bertanding dalam kejohanan atau temasya sukan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here