Penyelam hilang: Sultan Johor arah aktiviti skuba dihentikan sementara

0
60
Gambar hiasan.

CYBYERJAYA – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu semua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara untuk mendapatkan gambaran apa yang berlaku terhadap kumpulan penyelam luar negara yang dilaporkan hilang semalam.

Baginda dalam kenyataan di Facebook bertitah, tindakan itu perlu selepas kejadian empat penyelam dari Norway, Britain dan Perancis dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba di sekitar Pulau Tokong Sanggul, dekat Pulau Sibu.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku pada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menitahkan peraturan bagi aktiviti menyelam perlu dikaji semula secara menyeluruh sebelum rekreasi itu dibenarkan beroperasi semula.

Selain itu titahnya, peraturan yang telah dikaji semula perlu diumumkan kepada umum bagi mengembalikan keyakinan orang ramai dan pelancong.

Terdahulu, salah seorang daripada empat mangsa yang hilang berjaya ditemui dan dibawa keluar dari perairan itu menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, nasib tiga lagi penyelam masih belum diketahui kerana masih hilang.

Mangsa, Kristine Grodem, merupakan jurulatih selam skuba kepada Andrian Petera, 46 dan anaknya Nathan Renze, 14 dan seorang lagi pelancong warga Perancis, Alexia Alexandra,18.

Sementara itu, polis Johor mengesahkan menahan pemandu bot yang mengendalikan perjalanan dan aktiviti selam skuba pelancong malang berkenaan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here