Perang Rusia-Ukraine turut beri kesan kepada Malakat Mall – Coach Fadzil

0
62
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Perang antara Ukraine dan kuasa besar dunia, Rusia turut memberi kesan kepada Malakat Mall apabila barangan yang ditempah dari Turkey mengalami kelewatan penghantaran ke Malaysia.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, barangan tersebut ditempah untuk dibawa masuk dan dipasarkan di Malakat Mall.

“Kontena kami yang kedua daripada Turkey sangkut di pelabuhan Ukraine, sampai-sampai sahaja kapal telah diserang Rusia dan kapal tidak boleh bergerak kerana bom-bom yang telah dipasang di kawasan pelabuhan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Konvensyen Ulama dan Da’i Pembela Islam yang didadakan di Sekolah Islam Antarabangsa Brainy Bunch di sini hari ini Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, kesemua barangan tersebut dirancang untuk dibawa masuk ke Malaysia selapas beliau dan pasukannya membuat lawatan kerja ke negara tersebut.

“Ketika saya berada di Turkey 80 peratus makanan mereka adalah produk mereka sendiri dan negara-negara Islam lain masih lagi bergantung dengan negara Eropah bagi mengimport makanan dari mereka. “Sebenarnya Turkey adalah asas kekuatan ekonomi umat Islam yang tidak digunakan dan hal ini telah mendorong kita sebagai umat Islam untuk mengembalikan semula kuasa ekonomi kita,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, cabaran ekonomi umat islam adalah monopoli syarikat luar negara dalam pembekalan makanan di Malaysia seperti syarikat Nestle dan Coca-Cola dan lain-lain.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa perkara bagi memantapkan ekonomi umat Islam antaranya dengan menghasilkan barangan milik usahawan Islam, menghentikan pinjaman berasakan riba dan menukarkan bentuk pinjamanan kepada pelaburan ekuiti.

Selain itu, Coach Fadzil turut mencadangkan beberapa langkah iaitu menganjurkan program pembangunan usahawan bersama ulama, mewujudkan jawatankuasa khas, menyediakan pinjaman berasaskan pelaburan ekuiti,  mewujudkan pasar wakaf milik bersama dan memindahkan simpanan ringgit kepada emas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here