PICKids tamat 15 Mei, perlu bayar jika mahu divaksinasi selepas tarikh itu

0
22
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak akan dikenakan bayaran setelah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemberian vaksin itu tidak akan ditawarkan lagi secara percuma memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

“Selepas tarikh tersebut, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis vaksin yang diberikan ialah Sinovac,” kata Khairy pada sidang akhbar siang tadi.

Katanya, pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar.

Beliau menjelaskan, program PICKids tidak dapat dipanjangkan lagi kerana ia melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here