PMDSB jalin kerjasama bersama BUMITRA

0
41
Eksekutif BUMITRA, Adam Norudin (kiri) bersama Pengarah Urusan PMDSB, Halim Ikhsan dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Syarikat pelancongan, Professional Mutawwif Development Sdn Bhd (PMDSB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) hari ini.

Menurut Pengarah Urusan PMDSB, Halim Ikhsan, majlis itu merupakan langkah proaktif bagi mewujudkan jalinan kerjasama dalam industri umrah dan pelancongan antara PMDSB syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA.

“Program ini juga telah menarik minat universiti awam dan swasta seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, UiTM Mukah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa di Marina, Putrajaya di sini.

Mengulas lanjut mengenai Professional Mutawwif Development International Collage (PMDIC) beliau berkata, ketika ini PMDIC telah mempunyai lebih 250 orang pelajar berdaftar.

“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang PMDIC akan mula beroperasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan UiTM Pulau Pinang.

“PMDSB berharap agar majlis ini bukan sahaja menjadi titik tolak kepada pemantapan industri umrah bahkan turut memperkasakan bidang pendidikan di Malaysia terutama dalam program pendidikan latihan teknikal dan volasional (TVET).

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada BUMITRA atas jalinan kerjasama ini dan semua sidang hadirin yang bersama kami di majlis ini,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif BUMITRA, Adam Norudin berkata, ini adalah kali pertama dalam dunia yang mana kursus mutawwif profesional bertaraf diploma (TVET) ditawarkan di institut pengajian tinggi.

“Syarat kelulusan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan menjalani latihan selama dua tahun sebelum mendapat diploma dalam bidang ini yang mana jumlah jemaah haji semakin meningkat saban tahun, oleh itu mutawwif yang diperlukan mestilah ramai,” katanya.

Majlis ini turut dihadari oleh wakil BUMITRA, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Yayasan Bujang dan seluruh agensi pelancongan di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here