Polis Johor tahan suspek utama kes tetak isteri, ahli keluarga

0
64

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes tetak isteri dan tiga ahli keluarganya di Kuala Sedili dekat Kota Tinggi pada Ahad lalu akhirnya berjaya diberkas polis.

Laporan Malaysia Gazette menyebut, lelaki Melayu berumur 38 tahun itu dikesan di Jalan Persiaran Indahpura 4 sebelum ditangkap.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya,” kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek akan direman di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula esok hingga Rabu depan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada Ahad lalu, suspek dikatakan telah menetak empat ahli keluarga dalam kejadian sebelum berbuka puasa di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili.

Kejadian pada pukul 7.11 malam Khamis itu berlaku ketika empat beranak tersebut menunggu waktu berbuka puasa sebelum suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan menetak ahli keluarganya menggunakan parang.

Suspek berasal dari Felda Air Tawar 3 dikatakan menetak isterinya berusia 30-an dan ibu mentua berusia 50-an serta dua adik iparnya masing-masing seorang lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 30-an.

Bagaimanapun, dua anak suspek berusia lima dan dua bulan selamat dalam kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here