Polis Sepang berjaya tahan suspek kes cabul wanita di parkir bangunan

0
45
Wan Kamarul Azran.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas suspek utama kes cabul di sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan itu diberkas di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, hari ini.

Dalam insiden semalam, dua wanita mendakwa dicabul di bangunan yang sama, bersela masa 15 minit.

Kata Wan Kamarul Azran, semakan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu pada jam 11 pagi tadi mendapati, suspek tiba di bangunan itu pada jam 1.57 petang semalam dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 ZR berwarna merah.

“Suspek dilihat meletakkan motosikal di kawasan parkir bangunan itu dan melakukan perbuatan cabul terhadap kedua-dua wanita terbabit.

‘Dalam kejadian pertama, suspek mencabul seorang wanita berusia 27 tahun di kawasan parkir, pada jam 2 petang. Wanita yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu dicabul ketika suspek membantu mangsa memasukkan barang ke dalam kenderaannya.

“Kes kedua membabitkan seorang wanita bekerja sendiri berusia 34 tahun. Kejadian berlaku di hadapan lif di tingkat dua bangunan itu berselang 15 minit selepas kes pertama,” katanya.

“Suspek mengaku melakukan perbuatan itu, malah suspek juga adalah pelaku kes cabul yang berlaku pada penghujung tahun lalu, di tempat letak kereta bangunan yang sama, membabitkan seorang wanita berusia 31 tahun ketika mangsa bersama seorang anaknya.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod polis iaitu curi motosikal dan memiliki barang curi, ” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Cabul Kehormatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here