Polis siasat ke pelajar dipukul di sebuah sekolah di Langkawi

0
119
Tangkap layar seorang pelajar dipukul oleh beberapa pelajar lain.

LANGKAWI – Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini, mendakwa dipukul oleh beberapa pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, hasil keterangan daripada mangsa yang berusia 16 tahun itu mangsa memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi di dalam sebuah kelas.

Shariman berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham.

“Pada pagi Khamis terkesan satu video tular memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa orang pelajar lain yang mana disahkan ia berlaku di Langkawi.

“Satu laporan polis juga telah diterima daripada mangsa yang berumur 16 tahun dan mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu petikan klip video yang memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa orang pelajar lain di salah sebuah sekolah di Langkawi.

Dalam pada itu, katanya, mangsa kemudian telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha sebaik selesai membuat laporan polis.

Jelas beliau, polis sedang mengenal pasti pelajar yang terlibat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here