Polis siasat kereta mewah pandu di lorong kecemasan 

0
32
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang memandu secara merbahaya dan menggunakan lorong kecemasan di KM 124.9 Lebuhraya Utara-Selatan Yong Peng, Johor dalam satu rakaman video yang tular semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, kejadian dipercayai berlaku pada 23 April lalu pada jam 3.50 petang dan telah disebarkan di media sosial pada semalam.

“Pihak polis sedang mengesan pemandu dan pemilik kenderaan berkenaan dan mahu individu yang merakam kejadian terbabit serta saksi di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.

“ Siasatan lanjut bagi kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan Rule 53A LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis juga menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Balai Polis Trafik Batu Pahat sebelum ini menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu video kereta yang dipandu secara merbahya yang tular di media sosial.

Video itu dipercayai telah dirakam melalui kamera papan pemuka milik sebuah kereta di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here