Polis tahan Youtuber, 3 rakan bantu siasatan kematian wanita

0
149

BALIK PULAU – Polis Pulau Pinang menahan seorang YouTuber dan tiga lagi rakannya bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita akibat dipukul pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan di sekitar Teluk Kumbar dua hari lalu dan semalam bagi membantu siasatan tersebut.

“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP) pada pukul 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Kamatul Rizal, mangsa yang juga seorang YouTuber meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di HPP dan susulan itu polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

Kamarul berkata, empat lelaki itu direman hingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera parah dipercayai akibat dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian itu berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here