Potret beruk berpakaian bangsawan: Fahmi Reza dipanggil polis

0
56
Fahmi Reza

CYBERJAYA Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza hari ini dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di halaman media sosial Facebook potret seekor beruk yang memakai tengkolok dan darjah kebesaran dengan memakai pakaian bangsawan berwarna kuning.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Fahmi dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

“Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah Akta Hasutan dan Akta Sakit Hati kerana grafik satira beruk yang aku post malam tadi.

“Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM,” katanya.

Fahmi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila lukisan grafik yang dimuat naiknya dalam media sosial miliknya semalam dilihat menghina raja Melayu.

Tindakan Fahmi itu memuat naik satira itu di akaun Twitter miliknya berhubung kait dengan lukisan ‘suasana Dewan Rakyat’ yang menjadi tular, kelmarin.

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan sebuah potret yang menggambarkan suasana di dalam Dewan Rakyat sehingga menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Karya tersebut memaparkan lukisan haiwan iaitu pelbagai jenis beruk dan katak memenuhi tempat duduk Ahli-ahli Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here