Program Jualan Malaysia rancakkan Bazar Aidilfitri Jalan TAR

0
42
Orang ramai mengambil kesempatan cuti sempena Nuzul al-Quran bagi membuat persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini.

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000 termasuk baucar hadiah RM200,000 kepada Batu Road Retailers Association (BARRA) sempena program Jom Shop Raya @ Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, program itu dilaksanakan selama sebulan bermula 16 April hingga 15 Mei ini dan merupakan usaha kerajaan untuk menarik minat pembeli berbelanja di Jalan TAR.

“Program ini adalah kesinambungan daripada konsep pemulihan, merancakkan dan menghidupkan semula sektor peruncitan yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

“Selain di Jalan TAR KPDNHEP turut merancakkan Program Jualan Malaysia (PJM) di AEON Nilai, Negeri Sembilan dengan pelbagai jenis barangan keperluan hari raya dijual dengan harga yang berpatutan.

“PJM juga akan menawarkan jualan murah yang telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP dengan sasaran jualan sebanyak RM500 bilion bagi sektor peruncitan 2022,” katanya di sini hari ini.

Di samping itu, katanya, kerajaan menyedari akan masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil di Jalan TAR justeru itu program Jom Shop Raya itu adalah tanda komitmen KPDNHEP dalam membantu peniaga kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here