Promosi ikan RM1 seekor dijual di Malakat Grocer Cyberjaya

0
276
Mohd Adib menunjukkan ikan promosi berharga RM1 yang dijual di Malakat Grocer Cyberjaya di sini

CYBERJAYA – Lebih 400 kilogram pelbagai jenis ikan dijual secara promosi pada harga RM1 seekor di Malakat Grocer di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Grocer, Mohd Adib Mohd Arshad berkata, selain itu turut ditawarkan ialah sotong dan udang pada harga RM10 sekilogram.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ikan yang dijual secara promosi

“Antara jenis ikan yang ada ialah ikan tongkol yang dijual pada harga RM1 seekor, ikan bawal emas RM1 untuk dua ekor, cencaru RM1 untuk tiga ekor, ikan sardin besar RM1 seekor, ikan sardin kecil RM1 untuk tiga ekor dan banyak lagi jenis ikan.

“Selain itu, kita juga akan menjual kerang, sotong dan udang pada harga istimewa iaitu RM10 untuk sekilogram,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ikan yang dijual secara promosi

Mohd Adib berkata, kesemua produk itu dijual pada harga istimewa itu selagi stok masih ada.

“Mari beramai-ramai rebut peluang ini untuk mendapatkan makanan laut pada harga promosi istimewa ini selagi stok masih ada.

“Selain itu, kami juga menjual ayam pada harga RM8.90 sekilogram, daging segar dan lain-lain lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here