Pukul pelajar: 13 pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah di Langkawi ditahan polis

0
135
Tangkap layar seorang pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah di Langkawi

LANGKAWI – Polis menahan 13 pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di sini selepas terlibat memukul seorang pelajar yang juga rakan setingkatan.

Menurut Polis Langkawi dalam satu kenyataan, tangkapan kesemua pelajar itu dibuat bagi membantu siasatan.

“Susulan kes yang tular di mana seorang pelajar lelaki dipukul oleh sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menangkap 13 pelajar tingkatan empat sekolah yang sama bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

13 pelajar yang ditahan polis

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu,
mangsa yang berusia 16 tahun baharu berpindah ke Langkawi lebih kurang sebulan yang lalu.

Katanya, kesemua yang ditangkap, disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih sedang dijalankan dan semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini,” katanya.

Terdahulu tular satu petikan klip video yang memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa orang pelajar lain di salah sebuah sekolah di Langkawi.

Susulan itu, mangsa kemudian telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha sebaik selesai membuat laporan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here