Pusat derma darah risau penderma darah berkurangan

0
28
Kempen derma darah yang diadakan di Evolve Concept Mall, Ara Damansara

CYBERJAYA- Stok darah di Pusat Darah Negara (PDN) semakin berkurang dan pendermaan darah secara berterusan masih diperlukan ketika ini.

Menurut PDN kempen derma darah yang diadakan di Evolve Concept Mall, Ara Damansara hari ini tidak mendapat sambutan yang menggalakan daripada orang ramai.

“Kami sedih apabila mengenangkan kutipan stok darah sejak kebelakangan ini yang semakin menurun.

“Hari ini kami berada di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya dan sehingga jam satu tengah hari, hanya empat beg darah sahaja diperolehi di lokasi ini.

“Kami mohon penderma yang berada di sekitar lokasi ini untuk tampil menderma darah. Kami akan berada di sini bermula pada jam sebelas pagi hingga jam lima petang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini

Terdahulu, PDN mengadakan Kempen Derma Darah di Evolve Concept Mall, Petaling Jaya Selangor dan tidak mendapat sambutan dari orang ramai kerana setakat jam satu tengah hari mereka hanya mengumpul empat beg darah sahaja.

Selain itu, orang ramai juga diminta untuk tampil menderma darah di pusat kutipan darah negeri masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here