R Global lancarkan aplikasi khidmat sewaan kereta mewah pelbagai jenama Jun ini.

0
38

SERI KEMBANGAN – R Global Luxury Car Rental akan melancarkan sebuah aplikasi khidmat sewaan kereta mewah pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan selewat-lewatnya pada Jun tahun ini dengan jangkaan sebanyak 400 biji buah kereta diperlukan untuk memenuhi permintaan pasaran sedia ada.

Menurut Pengerusi R Global Luxury Car Rental, Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi, dengan hanya bermodalkan lima buah biji kereta mewah syarikatnya telah berjaya berkembang menjadi salah satu syarikat utama di Malaysia dalam  menyediakan khidmat sewaan kereta mewah.

“Kami sudah menjalankan perniagaan ini selama lebih kurang empat tahun dan setelah melalui professional management, kita telah berjaya menambah jumlah kereta kepada 130 buah biji kereta mewah.

“Sasaran pelanggan kami di peringkat antarabangsa adalah merangkumi pelancong asing dari pelbagai jenis negara seperti Jepun, Korea, Taiwan, China dan Eropah,” katanya semasa majlis berbuka puasa bersama anak yatim kelmarin. 

Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi (berdiri tengah) bersama Jay Chin (dua dari kanan) dan Datuk Seri Khafey Ikhwan (berdiri dua dari kiri) beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Baitul Uffah Centre pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Kereta yang ditawarkan terbahagi kepada tiga segmen iaitu sport car, super car dan luxury car yang merangkumi jenama seperti Nissan GTR, Ford Mustang, Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Rolls Royce.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pasaran domestik khidmat sewaan kereta mewah ini Ketua Pegawai Eksekutif R Global, Jay Chin berkata 80 peratus pelanggan mereka adalah dalam kalangan orang melayu manakala selebihnya adalah orang cina dan india berumur 22 hingga 35 tahun.

Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi (duduk tengah) bersama Jay Chin (duduk dua kanan) dan Datuk Seri Khafey Ikhwan (duduk dua kiri) bergambar dengan anak-anak yatim dari Baitul Uffah Centre pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.

“Ramai pelanggan kami dalam kalangan orang melayu kerana mereka enjoy dengan lifestyle mempunyai kereta mewah ini kerana bukan semua orang mampu untuk membeli kereta mewah.

“Nissan GTR dan Ford Mustang merupakan antara kereta yang laris dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan kami  kerana harga yang ditawarkan bermula RM1000 hingga RM1500 sehari yang mana sangat berpatutan jika dibandingkan dengan harga semasa kereta berkenaan,” katanya.

Terdahulu R Global Luxury Car rental mengadakan jamuan berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada anak yatim Baitul Uffah Taman Lestari Permai Seri Kembangan kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here