Rahsia berbelanja tapi wang RM10,000 KWSP tidak habis

0
158
Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco melalui kerjasama Quantum Metal Sdn. Bhd. (QM), mengumumkan peluang keemasan kepada orang ramai khususnya penerima pengeluaran RM10,000 dari tabung Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, peluang yang terbuka kepada semua itu menawarkan peluang pelaburan emas patuh syariah dengan keuntungan sehingga 10 kali ganda.

“Tujuan saya bersiaran hari ini adalah untuk berkongsi mengenai peluang pelaburan emas dengan rakyat Malaysia yang telah dan bakal menerima RM10,000 supaya mereka dapat membelanjakan wang KWSP mereka dan menerima manfaat daripadanya.

“Secara ringkasnya, perkongsian ini akan mengajar macamana cara nak belanjakan RM10,000 itu dan tidak akan hilang nilainya, walaupun telah dibelanjakan,” katanya dalam sesi Live Facebooknya hari ini.

Pengeluaran RM10,000 daripada tabung KWSP memberi peluang terbaik untuk orang ramai menceburi pelaburan emas QM.

Mohd Fadzil berkata, untuk memahami mengapa pelaburan emas adalah bentuk pelaburan terbaik, orang ramai terlebih dahulu perlu memahami apa ‘kekurangan’ dalam simpanan wang kertas.

Katanya, wang kertas mempunyai beberapa kelemahan yang menjadikannya simpanan bersifat sementara kerana bentuk asal yang tidak kekal berbanding logam, mudah rosak dan dipengaruhi inflasi serta banyak lagi.

Beliau berkata, melalui pelaburan Quantum Metal (QM), seseorang pelabur secara dasarnya membeli dan memiliki sejumlah emas sebenar yang boleh ditunaikan nilainya pada bila-bila masa.

“Secara digitalnya, kita membeli emas melalui akaun dan layak mengeluarkan 85 peratus daripada nilai itu untuk kegunaan sendiri, manakala kadar keuntungan pula berganda setiap tahun mengikut jumlah pelaburan yang dibeli (nilai emas),” katanya.

Tips serta panduan yang diberikan Coach Fadzil kepada pelabur yang menyertai kumpulan pelaburannya.

FORMULA

Mohd. Fadzil berkata, melalui pengeluaran KWSP misalnya, pelabur yang (membeli emas) dalam ekosistem QM layak menerima semula 85 peratus daripada nilai RM10,000 (RM8,500) dan pada masa sama memiliki pegangan emas seberat 37 gram (anggaran semasa).

“Nilai pelaburan bersandarkan emas RM10,000 itu pula mempunyai kadar keuntungan kira-kira 10 peratus setahun. Jadi dalam masa 10 tahun, RM10,000 yang dilaburkan akan berganda menjadi RM100,000,” katanya.

“Bayangkan, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Jika pun ada dividen, ia sangat tidak berbaloi. Saya rasa ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia,” jelas beliau.

Katanya, sebagai pelaburan yang berdaftar dengan Bank Negara dan diinsurankan oleh Llyod’s Of London, pelaburan emas itu juga boleh ‘ditukar’ dalam pelbagai bentuk misalnya, pembelian aset dan pembelanjaan pendidikan.

“Misalnya untuk mengeluarkan semula nilai bagi tujuan membeli sebuah kereta Vios berharga RM85,000, kita memerlukan pelaburan berjumlah RM100,000.

“Kemudian kita gunakan wang ‘cashback’ tersebut untuk pembelian kereta secara cash, dalam tempoh 10 tahun kita akan dapat semula nilai pelaburan.

“Pendek kata kita membeli kereta tersebut secara percuma dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Katanya, pelaburan yang mengenakan caj upah simpan sebanyak 3.5 peratus setahun itu juga katanya sesuai untuk tujuan mendapatkan pendidikan ‘percuma’.

“Misalnya anak sambung belajar di luar negara dengan kos pendidikan RM100,000. Kita beli emas RM118,000 (85 peratus nilai Ar Rahnu), kita dapat bawa keluar RM100,000 untuk perbelanjaan pendidikan itu.

“Dalam masa 10 tahun, kita akan dapat cover semula kos itu bersandarkan keuntungan 10 peratus nilai emas yang kita beli,” katanya.

Selain itu katanya, pendekatan yang sama juga boleh dimanfaatkan syarikat-syarikat yang berbelanja besar pada setiap bulan.

“Kami di Malakat Eco telah lama menggunakan pelaburan ini untuk menikmati kelebihan dan keuntungan daripada pelaburan emas QM.” katanya yang membelanjakan kos operasi syarikat kira-kira RM5 juta sebulan.

PENDAFTARAN

Menurut Mohd Fadzil, QM menawarkan beberapa produk yang boleh dipilih oleh pelabur mengikut keperluan dan potensi keuntungan iaitu Gold Storage Account (GSA),
Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhance (GAE).

Beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk mengetahui atau menyertai pelaburan murabaha tersebut boleh menyertai kumpulan QM Malakat yang menyediakan khidmat rundingan dan sokongan.

“Cara pendaftarannya cukup mudah. Kalau ada yang berminat boleh hubungi saya kerana kami ada 30 orang ahli yang sedia menyediakan bantuan penerangan kepada pelabur baharu.

“Semuanya disediakan secara percuma, dan pelabur akan mempunyai akses kepada akaun mereka sendiri,” katanya yang kini mensasarkan 10,000 syarikat untuk dibantu.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman ini : https://b24-htecqy.bitrix24.site/BelajarGoldQM/?fbclid=IwAR29PIhHmT3SsGz54LLBB7zOySOcDiD2BTNTl5ujyJ8G57EIwmbeKoNaW6Y

JAMINAN

Mengenai jaminan pelaburan itu, Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, QM adalah pengedar sah kepada Perth Mint Gold iaitu sebuah syarikat emas yang terbaik di dunia. (Quantun Metal Distributor Perth Mint Gold) dan juga ABC Bullion.

“Ia mula beroperasi pada tahun 2012 dan beribupejabat di Pulau Pinang.

“QM adalah pembekal emas kepada beberapa bank utama di Malaysia yang dipengerusikan bekas kakitangan Bank Negara dan ahli lembaga bekas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here