Rakyat Palestin dihalang memasuki Masjid al-Aqsa

0
11
Umat Islam mengunjungi kawasan masjid Al-Aqsa.

BAITULMAQDIS – Selepas insiden tembakan yang membunuh tiga pejuang briged Al-Quds tiga hari lalu, rejim Zionis terus menekan rakyat Palestin dengan larangan bersolat di Masjid Al-Aqsa.

Larangan bagi solat Jumaat pada bulan Ramadan itu dikuatkuasakan kepada lelaki berusia 12 hingga 40 tahun manakala wanita dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan.

Menurut laporan media tempatan, rakyat Palestin yang berusia antara 40 hingga 50 tahun hanya dibenarkan memasuki kawasan masjid berkenaan dengan kelulusan khas yang perlu dipohon daripada pihak berkuasa negara haram berkenaan.

Penindasan demi penindasan dilakukan rejim Israel terhadap umat Islam Palestin menjelang Ramadan baru-baru ini

Pada minggu lalu dua rakyat Palestin maut akibat tembakan pihak berkuasa Israel dalam insiden di Tebing Barat, manakala seorang lagi maut di Bandar Bethlehem selepas didakwa cuba menikam lelaki Israel.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, masyarakat antarabangsa mesti menghentikan serangan tentera dan pelampau Israel, kerana dipercayai orang kanan rejim Zionis mungkin merancang untuk menyerbu Masjid al-Aqsa pada Ramadan ini.

“Israel membenarkan peneroka membawa senjata dan membunuh rakyat Palestin hanya kerana mereka disyaki,” kata Shtayyeh semasa mesyuarat Kabinet mingguannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here