Ribut Tropika Megi diramal landa Sabah

0
11
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama diramalkan melanda di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi tersebut dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini setiap tiga jam di laman web dan aplikasi myCuaca ataupun talian hotline MetMalaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here