Saintis temukan partikel mikroplastik dalam paru-paru manusia

0
37

LONDON – Saintis dari Universiti Hull membuktikan bahawa pencemaran mikroplastik semakin mengancam dunia apabila buat pertama kalinya menemukan partikel tersebut di dalam paru-paru manusia.

Penemuan tersebut didokumentasi dalam satu kajian yang baharu diterbitkan di dalam jurnal perubatan, Science of the Total Environment.

Kajian ke atas sampel yang diambil daripada 13 individu yang sedang menjalani pembedahan paru-paru, menemukan 11 daripadanya tercemar dengan mikroplastik.

Partikel yang paling ditemukan kerap adalah polypropylene yang digunakan dalam pembuatan paket plastik dan paip, dan PET yang digunakan dalam pembuatan botol.

Walaupun kesan mikroplastik ke atas manusia masih belum dikenal pasti, kajian makmal menunjukkan ia mampu merosakkan sel badan.

Data industri pula menunjukkan pekerja kilang yang telah mengalami pendedahan yang tinggi kepada mikroplastik ada mengalami masalah kesihatan.

“Kami langsung tidak menjangkakan penemuan ini, terutamanya di bahagian bawah paru-paru.

“Maklumat yang diperolehi ini amat penting dalam kita merangka strategi baharu dalam menangani pencemaran udara, mikroplastik dan kesihatan,” kata salah seorang pengkaji tersebut, Laura Sadofsky.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here