Sanggup beratur seawal pukul 1 tengah hari demi nasi Arab Chef Ammar

0
1507

Chef Ammar dibantu anaknya menyediakan nasi arab

SHAH ALAM – Meskipun jam baharu menunjukkan pukul 1 tengah hari, orang ramai sudah mula membanjiri perkarangan gerai Chef Ammar semata-mata mahu membeli nasi Arab yang dijual di gerai miliknya di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam di sini.

Menurut salah seorang pengunjung Akmal Mohammad Hassan, 25, dia yang sudah dua kali membeli nasi Arab di gerai Chef Ammar dan sanggup beratur dari jam 1.30 tengah hari untuk membeli nasi Arab di lokasi tersebut.

“Rasa dia memang ‘superb’ memang puas hati sebab dapat rasa makanan sedap macam ni, dia punya lamb shank itu lembut daging dia itu memang superb dan insya-Allah saya akan datang lagi lepas ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Chef Ammar ketika ditemui berkata, beliau sangat bersyukur apabila juadah nasi Arab hasil air tangannya laris dijual.

Beliau berkata, sambutan pelanggan sungguh luar biasa apabila ada pelanggan yang sanggup beratur seawal pukul 1 tengah hari.

“Semalam habis pukul 4.30 petang, empat periuk nasi habis, kalau Sabtu dan Ahad lagi gila, Apa boleh saya buat? Tambah pekerja? Tambah makanan? Saya tak nak tambah lagi syukur dengan apa yang Allah bagi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prinsip perniagaan yang diamalkan, Chef Ammar berkata, perkara utama yang sangat dititik beratkan ialah mengenai kebersihan dan halal bagi setiap makanan yang dijualnya serta proses penyediaan makanan itu.

“I want to be perfect look at us. Pakai uniform, pakai glove, pakai towel. Kalau glove setiap 20 minit mesti tukar glove baharu dan saya tak kisah sehari pakai empat kotak sarung tangan sebab saya mahu jaga kebersihan penyediaan makanan,” katanya.

Sementara itu tinjauan Malakat Tribune mendapati juadah yang dibawa oleh Chef Ammar habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja.

Bagi memastikan kebajikan pelanggan berstatus warga emas dan ibu mengandung terjaga, Chef Ammar turut menyediakan laluan khas kepada mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here