Saya langsung tak takut debat dengan Anwar, Rafizi’ – tegas Najib

0
31
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar dakwaan yang mengatakan beliau takut untuk berdebat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu beliau memberi jaminan akan menunaikan hasrat mereka untuk berdebat dengannya berhubung isu Sapura Energy Bhd (SEB).

“Isham Jalil ada jumpa Fahmi Fadzil minggu lepas untuk bincang berkenaan debat Najib dan Anwar dan dalam perjumpaan itu, dia setuju untuk buat debat selepas raya, dan dia kata minggu kedua atau ketiga pun sesuai.

“Namun semalam dia kata kepada media bahawa dia dan PKR tidak setuju pula debat selepas raya. Apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ni tak baik menipu.

“Lalu, geng PKR dan Anwar pula tuduh saya yang cabar debat bulan Ramadan padahal yang mula cabar ialah geng kamu Rafizi dan geng kamu Fahmi juga yang kata masa paling sesuai debat ialah selepas Ramadan dari segi pengaturan masa, slot masa TV dan demi menghormati bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Rafizi mencabar Najib untuk berdebat dengannya dalam satu temubual bersama portal berita mengenai isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan Najib telah bersetuju.

Bagaimanapun, Najib yang bersetuju dengan debat itu meletakkan syarat supaya Rafizi mestilah membawa Anwar sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here