‘Saya mohon maaf, jangan libatkan keluarga saya’ – Aliff Syukri

0
70
ALIFF SYUKRI

CYBERJAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang berasa tersinggung dengan lagu dan video musik raya yang beliau hasilkan.

Aliff berkata demikian setelah hampir lima jam berada di dalam bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, sebentar tadi.

“Saya ingin memohon maaf pada semua yang tersinggung dengan lagu (dan) musik video raya saya.

“Saya mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki,” kata Aliff yang berjalan keluar dari bangunan tersebut pada kira-kira pukul 2.40 petang.

Beliau turut memohon supaya orang ramai tidak melibatkan keluarga dan ibunya dalam kontroversi ini.

“(Saya) mohon jangan libatkan keluarga saya (dan) mak saya yang sedang tunaikan umrah.

“Pihak SKMM sedang jalankan siasatan ke atas saya,” jelas Aliff lagi.

Namun, Aliff hanya mengangkat tangan dan terus berlalu pergi sebagai tanda enggan melayan sebarang soalan lagi apabila ditanya wartawan adakah dia sudah mempertimbangkan akibat yang akan diterimanya dari orang ramai.

Terdahulu, beliau tiba di bangunan tersebut pada kira-kira pukul 10 pagi selepas satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Video berkenaan menerima kecaman pelbagai pihak kerana ia memaparkan sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata, tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here