Selepas setahun bersembunyi, Nicky Liow serah diri kepada polis

0
52
Nicky Liow

CYBERJAYA – Ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow yang setahun menyembunyikan diri akhirnya menyerah diri kepada polis hari ini.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, dekat sini 11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, ahli perniagaan itu ketika ini berdepan 26 pertuduhan kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

Notis orang dikehendaki yang dikeluarkan polis tahun lalu

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Media sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas operasi besar-besaran dilakukan oleh Polis Johor.

Menerusi serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebanyak 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here