Semua murid sekolah menengah mula sesi persekolahan secara bersemuka esok

0
15
Murid sekolah asrama mula mendaftar hari ini di sekolah masing-masing

CYBERJAYA – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua murid sekolah menengah akan bermula esok.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidi berkata, ia setelah mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu sejak pembukaan sesi baharu persekolahan pada 21 Mac lalu.

“Hari ini saya menerima banyak perkongsian ibu bapa tentang anak-anak sekolah berasrama yang mula melapor diri di sekolah masing-masing sejak awal pagi tadi.

“Sama-sama kita doakan semoga anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan dengan teratur dan selamat. Untuk anak-anak, patuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengekang risiko jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan
selamat belajar, selamat kembali ke asrama dan selamat berpuasa buat semua murid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here