Sentuhan baharu Butternang dalam hidangan ‘Ansshellbox’

0
99
Noraisyah Maaras (tengah) memantau operasi restoran Butternang yang kini beroperasi di D’Tebing Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

TREND makanan laut yang dihidang di atas meja tanpa pinggan-mangkuk atau lebih popular disebut ‘shellout’ mampu memberikan pengalaman santapan unik dan menyelerakan.

Sajian yang mula popular kira-kira 5 tahun lalu itu boleh dikatakan masih lagi trending di banyak restoran dan tersenarai antara menu wajib cuba bagi kaki-kaki makan.

Menyedari potensi itu, Noraisyah Maaras, 29, yang dibantu suami, Nordin Razali, baru-baru ini memperkenalkan restoran Butternang yang menyajikan hidangan dengan konsep sama yang dijenamakan sebagai ‘Ansshellbox’.

Ketua Pegawai Eksekutif Ansshellbox Sdn. Bhd itu berkata, restoran yang beroperasi di D’Tebing Dataran Merdeka itu adalah restoran pertama yang diusahakan selepas menceburi bidang perniagaan makanan sejak permulaan pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

Katanya, Butternang diperkenalkan sebagai restoran yang menawarkan hidangan pelbagai jenis makanan laut segar dan berkualiti pada harga berpatutan.

“Hasrat kami melalui Butternang adalah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati sajian makanan laut pada harga terendah.

“Misalnya set hidangan perseorangan kami tawarkan pada harga serendah RM10 sehingga RM100. Ada juga menu untuk dua orang (RM39) dan empat orang (RM79),” katanya pada majlis pra-pelancaran Butternang by Ansshellbox, baru-baru ini.

Majlis turut meraikan kehadiran kira-kira 30 orang pelajar dari Sekolah Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves.

Aisyah berkata, selain pelbagai menu hidangan ‘marhaen’, pelanggan yang mahukan hidangan lebih eksklusif turut disediakan dengan menu premium Ansshellbox yang bermula dari harga RM1,000 hingga RM3,000.

Antara hidangan yang ditawarkan melalui menu-menu premium, Ansshellbox.

“Antara menu signatur di sini adalah King Crab Sweet Chili dan Canada Lobster iaitu lobster bakar berkeju.

“Bagi memenuhi gastronomi pelanggan, kami juga menyediakan enam jenis topping iaitu spicy kam heong, classic sweet spicy, salted butter creamy, hot cajun, rosemary dan spicy sour plum,” katanya.

Tambah beliau, sebagai pilihan menu untuk pelanggan yang ‘alah’ kepada makanan laut, pihaknya menyediakan satu hidangan berasaskan ayam iaitu Chicken Butter yang termasuk sebagai salah satu hidangan killer Butternang.

Katanya, melalui pembukaan restoran sulung yang selesa dan kondusif ala hipster itu, pihaknya mensasarkan pembukaan lima lagi outlet dalam masa terdekat.

“Sebuah lagi cawangan akan dibuka di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, sebuah lagi di Johor, Melaka dan selebihnya akan ditentukan kemudian,” katanya.

Melalui pembukaan Butternang juga, Aisyah berhasrat menjadi peneraju restoran makanan laut berasaskan mentega paling pantas di Malaysia.

“Butternang ada enam menu ekspres yang boleh disediakan dengan pantas dan dapat memenuhi kehendak tempahan melalui penghantaran.

“Selalunya, hidangan makanan laut mengambil masa yang agak lama untuk disediakan tapi kami akan jadi restoran terpantas di Asia dengan tempoh penyediaan kurang dari 10 minit,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi.

Berkongsi penglibatan beliau dalam perniagaan berkata, Aisyah berkata, idea untuk membuka restoran timbul selepas mendapat permintaan dalam kalangan pelanggan yang mahukan sajian secara dine-in.

“Saya mula semasa PKP, sekarang bila syarat pergerakan dilonggarkan, ramai yang minta saya buka sebuah restoran untuk menikmati hidangan Ansshellbox,” katanya.

Sebagai persediaan katanya, beliau juga sedang dalam proses menaik taraf dapur berpusat bagi menampung permintaan bekalan dan bahan mentah yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, Ansshellbox Sdn. Bhd juga menawarkan pes sajian hidangan Annshellbox dalam bentuk pes pada harga RM25 sebotol.

Mengenai pelan masa depan syarikat, Aisyah bercadang untuk memperluaskan jenama Butternang melalui tawaran perniagaan secara franchais kepada mereka yang berminat untuk menceburi.

Majlis turut meraikan kehadiran kira-kira 30 orang pelajar dari Sekolah Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here