Seorang daripada 4 penyelam hilang ditemui selamat

0
71
Kristine Grodem diterbangkan ke Stadium Mini Mersing sebelum dihantar mendapat rawatan di hospital.
Foto Facebook : Onn Hafiz Ghazi

MERSING – Salah seorang daripada empat pelancong asing yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tokong Sanggol dekat sini ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Kristine Grodem, seorang warga Norway itu diselamatkan dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing sebelum dihantar ke hospital, tengahari ini.

Grodem, 35, merupakan jurulatih selam kepada warganegara Britain, Andrian Petera, 46 dan anaknya Nathan Renze, 14, serta seorang lagi wanita warga Perancis, Alexia Alexandra, 18, yang masih hilang.

Dalam kejadian tengah hari semalam, empat penyelam tersebut dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman.

Polis Johor mengesahkan penahanan seorang pemandu bot yang bertugas membawa empat pelancong asing yang hilang itu ke lokasi selaman.

Dia ditahan kira-kira jam 11.30 malam, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman Facebook rasminya melahirkan rasa syukur di atas penemuan Kristine dan meminta semua agar mendoakan mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa lain dipermudahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here