Seorang remaja berhadapan hukuman mati atas tuduhan bunuh rakan asrama hanya kerana RM4

0
38
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang kanak-kanak

KUANTAN – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 20 Mac lepas.

Remaja lelaki 16 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di sini, antara 3.45 petang dan 4.15 petang, 20 Mac lalu, memetik laporan Harian Metro.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam Datuk Mohd Najid Husain.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh seorang individu dalam kejadian yang didakwa melibatkan wang RM4.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan di kepala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here