Shahbaz Sharif PM Pakistan yang baharu

0
25

ISLAMABAD – Parlimen Pakistan hari ini memilih calon pembangkang, Shahbaz Sharif sebagai Perdana Menteri Ke-23 Pakistan.

Laporan Reuters menyebut, Shahbaz yang juga adalah abang kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif adalah satu-satunya calon yang ada.

Shahbaz dipilih dengan 174 undi memihak kepadanya selepas lebih 100 penggubal undang-undang dari Pakistan Tehreek-e-Insaf atau Parti Keadilan Pakistan, bertindak keluar dari Dewan Negara sebagai protes.

“Mohammad Shahbaz Sharif diisytiharkan sebagai perdana menteri Republik Islam Pakistan,” umum pemangku Speaker, Asad Sadiq.

Bekas ketua pembangkang itu akan menjalankan tugas dengan majoriti kecil 174 ahli Parlimen, yang cukup untuk meluluskan undang-undang dalam 342 kerusi dewan.

Walau bagaimanapun, jika pengikut Imran Khan turun ke jalan seperti yang digembar-gemburkan, pastinya keadaan itu akan menimbulkan tekanan tambahan ke atas Parlimen dan melanjutkan krisis.

Imran yang memegang jawatan perdana menteri selama tiga tahun lapan bulan, digulingkan awal Ahad lalu selepas kalah undi tidak percaya di Parlimen.

Diketepikan oleh sekutu partinya dan rakan gabungan utama, pembangkang menolak Khan dengan 174 undi – lebih dua undi daripada majoriti mudah yang diperlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here