Suspek berkait kes cabul di Tamarind Square didakwa Rabu ini

0
42
Wan Kamarul Azran Wan Yusof

CYBERJAYA – Suspek kes cabul di Tamarind Square yang diberkas polis baru-baru ini akan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu akan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok atas dua pertuduhan berkaitan dua kes cabul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Selesa minggu lalu, polis menerima laporan daripada wanita seorang berusia 27 tahun yang mendakwa dirinya dicabul mangsa ketika sedang memasukkan barang ke dalam kereta.

Kes kedua pula melibatkan mangsa berusia 34 tahun yang dikatakan berlaku di depan lif di tingkat dua bangunan yang sama selepas 15 minit kejadian pertama.

Kejadian cabul di pusat beli-belah berkenaan kemudian tular selepas seorang pengguna media sosial mendedahkan bahawa terhadap dua kejadian seperti itu melalui Twitter.

Bertindak kepada insiden itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang dan polis Cyberjaya berjaya memberkas suspek di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lalu.

Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes curi motosikal dan memiliki barang curi.

Tangkap layar pengguna media sosial mengenai kejadian cabul di Tamarind Square, Cyberjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here